Semua usahawan internet tahu bahawa senarai email atau subscribers amat penting dalam perniagaan online. Senarai email adalah aset seorang usahawan internet. Jika lebih besar senarai email dimiliki, maka potensi untuk menjana pendapatan internet lebih besar.
Kebanyakan usahawan internet tempatan (di Malaysia) lebih menumpukan kepada membina senarai email di pasaran tempatan sahaja. Ini disebabkan oleh komunikasi yang lebih baik dan berkesan dengan subscriber mereka dan juga sasaran pasaran produk yang dijual. Sudah tentu ramai yang berpuas hati dengan pencapaian memiliki senarai email bagi pasaran tempatan. Tapi untuk memasuki pasaran luar negara, ceritanya berlainan sedikit.
Jika anda dapat membina senarai email dengan mudah di pasaran tempatan, belum tentu lagi anda dapat membina senarai email yang besar bagi pasaran luar negara. Ini disebabkan oleh kekangan masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, jika anda mahu memperluaskan pasaran produk anda di luar negara atau pun mahu mencuba buat duit melalui program affiliate luar negara, anda harus mulakan juga tanpa perlu memikirkan sangat tentang masalah komunikasi.
Anda boleh ikut tips di bawah untuk mula membina subscriber luar negara. Saya anggap anda sudah tahu gunakan autoresponder dan membina laman squeeze page yang mudah.
Tips Membina Senarai Subscriber Luar Negara
1. Pilih Niche – Niche ialah tumpuan pasaran produk yang anda ingin ceburi. Contohnya, anda berminat atau ingin menjual produk berkenaan dengan Wedding. Ada beberapa niche dalam Wedding iaitu contohnya, Wedding Gown, Wedding Planner, atau Wedding Photography. Niche ini boleh dikecilkan lagi kepada Evening Wedding Gown dan Studio Wedding Photograpy. Sebaiknya, anda pilih niche yang mendapat carian tinggi di internet. Gunakan Google Keyword Tool untuk membantu anda.
2. Bina Produk Give Away – Produk ini ialah biasanya produk digital seperti Audio Course, Video Course, Ebook, Free Membership dan sebagainya yang anda bina bertujuan untuk menarik pelawat MENDAFTAR nama dan email mereka di autoresponder anda. Jika anda tidak tahu bagaimana membina produk ini dalam bahasa inggeris, upahlah rakan yang anda kenali atau jika tidak pun anda boleh gunakan khidmat mencipta produk digital di internet seperti di forum dan laman freelance. Contohnya forum WarriorForum.com (bahagian Warrior For Hire), Elance.Com dan VWorkers.Com (bina perisian).
3. Bina Squeeze Page & Pasang Borang Opt-In – Squeeze page ialah laman khas yang anda bina untuk mempromosikan produk Give Away anda dengan tujuan mendapatkan nama dan email pelawat yang mendaftar ke borang opt-in yang dipasang. Format squeeze page adalah sama sahaja seperti yang anda bina bagi pasaran tempatan. Sebaiknya gunakan hosting sendiri untuk pemasangan squeeze page kerana anda mempunyai banyak kebebasan untuk menguruskan laman ini. Gunakan Header yang kuat, Subheadline, sedikit Intro, Pengenalan produk dan Call To Action iaitu borang opt-in. Jika anda menghadapi masalah menulis kandungan Squeeze Page dalam bahasa Inggeris, upah orang lain lakukan untuk anda. Forum usahawan internet seperti WangCyber.com adalah tempat yang sesuai jika anda ingin mencari seseorang yang dapat membantu anda.
4. Promosikan Squeeze Page - Setelah selesai 3 langkah di atas, promosikan laman squeeze page anda. Cara yang saya gunakan ialah beli Solo Ads di Warrior Forum atau Forum DigitalPoint. Solo Ads ialah anda membayar seseorang yang menawarkan untuk menghantar email yang mengandungi link ke Squeeze Page anda kepada sejumlah subscriber mereka. Contohnya, jika mereka tawarkan USD30 untuk caj menghantar Solo Ads ke 5000 subscriber mereka (mengikut niche), anda akan menerima statistik penghantaran email tersebut daripada individu tersebut selepas selesai. Anda mungkin akan mendapat 30% daripada jumlah tersebut yang mendaftar. Teknik ini berkesan sekali jika anda lakukan dengan sebaiknya. Anda juga boleh dapatkan khidmat Ad Swap. Tapi cara ini hanya dapat dilakukan jika anda telah pun memiliki senarai email antarabangsa. Ad Swap ialah anda promosikan link rakan anda ke senarai subscriber anda dan rakan anda juga melakukan perkara yang sama. Anda boleh dapatkan khidmat ini di forum Warrior Forum dan DigitalPoint.
Ada banyak lagi cara bagaimana anda dapat mempromosikan squeeze page anda. Laman sosial seperti Facebook dan YouTube juga boleh digunakan untuk mendapat trafik ke laman squeeze page.
Saranan / Rekomendasi
| Rahsia Subscriber - Ebook ini mengandungi strategi-strategi membina senarai email luar negara. Saya amat sarankan anda dapatkan ebook ini jika mahu mengetahui teknik-teknik membina senarai email luar negara dengan pantas. |


Posted in





